layout

Tampilkan postingan dengan label LoVe forever... Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label LoVe forever... Tampilkan semua postingan

Minggu, 22 Mei 2011

Kemaafan

KEMAAFAN

hurmmm.....! salam mesra kepada anda.. semoga berada dalam gembira dan bahagia. sudah habis hujung minggu, bersedialah untuk memulakan minggu yang baru esok.
semoga minggu baru ini memberi lebih banyak kebaikan kepada kita semua. yeah! hadapi dengan senyuman..

semalam aku dikejutkan dengan seorang kawan yang sedang emo.
tapi aku tetap jugak nak bergurau. itu namanya tak mengira tempat.. akibatnya 'orang tu' melenting~ terus off semua benda yang meng-connect-kan diri di alam maya..
alhamdulillah.. 'orang tu' sudah kembali reda seperti sedia kala sekarang. siap mengirim salam lagi. tak tahu lah pulak 'salam sayang' atau 'salam rindu'. hahaha..terasa lega bila 'orang tu' sudah ok. cuma katanya masih belum benar-benar sihat.. semoga 'orang tu' sehat cepat..
takut pulak karang aku bergurau dia melenting lagi.. hee =P
apa-apa pun.. itulah kuasa kemaafan. dengan memberi kemaafan kedua-dua-nya akan berasa lebih ringan untuk menghadapi dugaan yang mendatang. semoga ukhuwwah yang telah terjalin ini sentiasa tersimpul erat..
perlu diingat jugak. sudah tahu diri buat salah, jangan tak reti-reti nak mintak maaf. nak kumpul untuk hari raya lah tu.. isk.. isk.. selagi punya masa.. mohonlah kemaafan andai ada terbuat salah.

jomLAH ! buat renungan bersama :

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dikalangan kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah ; (sebaliknya) hendaklah memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu ; tidakkah kamu suka jika Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
[Surah An-nur ayat ke 22][surah 24:22]

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturrahim.
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
SALAM SEJATERAH BUAT KAWAN KAWAN SEMUA SEMOGA DALAM KEADAAN SIHAT ...

Sabtu, 21 Mei 2011

bEZA cINTA, Sayang, Minat Dan Suka

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu ape lagi orang itu teramat kita sayangkan sangat ,, seperti mana aku menyayangi kekaseh aku …