layout

Sabtu, 25 Juni 2011

Bila Hati Sudah Cinta



takde keje kita cari keje..
takde idea??
ada punyer.. kita pikir je..
hehe

oleh kerana sudah lama tidak mengarang
maka dengan penuh rasa bangganya aku mengarang lagi
kekadang aku rasa kepala aku ni dah lapuk gak
sebab lama sangat duduk diam
kita kena curahkan segala kelembapan di kepala kita ni

apa lak aku merepek panjang-panjang ni?
terus lari dari tajuk asal lak
okay..okay..
benda yang aku tulis ni pernah terjadi secara realitinya dalam hidup aku
di kala aku jatuh cinta pada gadis pujaan
hehe
....................................................................................

BILA HATI SUDAH CINTA



bila hati sudah cinta
segalanya manis tidak terkata
semua bertukar menjadi gula
kaki tersandung, kepala terhantuk, semua tak apa

bila hati sudah cinta
tidak cantik pun jadi lawa
semua harga boleh ditawar
duit keluar bagai nak gila
sebab nak pikat gadis tercinta

bila hati sudah cinta
hati tak susah hilang gulana
semua masalah tiada aralnya
sebut saja pasti kan ada

bila hati sudah cinta
dulunya selekeh jadi bergaya
muka berseri senyum menyapa
apa kau buat ni? dah nak gila?

ohh..
bila hati sudah cinta
kau kata gila, ku senyum saja
tak kan ku marah bukan nak auta
kerna hati dah jatuh cinta

wahai puspa karangan jiwa
hatiku ini terlalu cinta
sudikah kiranya dikau terima
aku yang hina lagi kedana
jadi pendampingmu setiap masa
pelindung dirimu tika sengsara
katakan saja apapun jua
pasti ku lunas bersama cinta

duhai sayang pujaan kanda
daku berjanji tetap setia
walau tsunami datang melanda
cintaku jaga sepenuh jiwa

*********

nukilan di kala terkenang saat diri ini pertama kali di lamun cinta..
sungguh manis
walaupun aku tidak dapat bersamanya
doaku kirim bersama sayangku
semoga dirinya bahagia
di mana jua
dengan siapa pun dia bersama

laaa.. sedih lak ending entry ni.. hahaha

Tidak ada komentar:

Posting Komentar